Advertisement
Feroz Baharudin Ada Misi Di JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Prospek muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin akui gembira diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Berjaya merangkul trofi pertama musim 2023 selepas menewaskan Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih, Feroz tekad untuk terus memberikan yang terbaik bersama JDT. Beliau menyasarkan untuk meraih lebih banyak piala dan kejuaraan pada musim ini.

“Ini peluang terbaik untuk saya menunjukkan kemampuan apabila diturunkan. Saya juga hargai peluang diberikan jurulatih dan alhamdulilah saya dapat berikan sehabis baik bagi membantu pasukan.”

Pemain berusia 23 tahun itu juga menghargai setiap peluang yang diberikan di JDT. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pemain-pemain senior JDT yang banyak memberi tunjuk ajar.

“Tidak dilupakan, terima kasih kepada senior-senior yang sentiasa beri sokongan dan tunjuk ajar selama ini,” ujar Feroz kepada MFL.

“Kami akan sentiasa fokus dari satu ke satu perlawanan bagi mengejar matlamat yang disasarkan dan insyaAllah kami semua akan cuba konsisten dalam tiga lagi kejohanan Liga Malaysia (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia).”