FIFA Catat Kejayaan Malaysia Naik 7 Tangga, Ke-3 Dunia
Harimau Malaya
AzriHaziq / MakanBola
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) catat kejayaan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini.

Pada November 2023, kesemua aksi antarabangsa telah dimainkan di seluruh dunia bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026. Malaysia yang berada dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei kini mengungguli kedudukan dalam saingan kumpulan.

Dua kemenangan anak buah Kim Pan-gon menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei telah melonjakkan peningkatan ranking FIFA buat Malaysia.

Advertisements

Menurut artikel yang diterbitkan FIFA, Malaysia menjadi antara negara yang memungut mata FIFA paling banyak.

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia dengan pungutan mata tertinggi di belakang Comoros yang naik 9 anak tangga dan Rwanda yang naik 7 anak tangga.

“Guinea-Bissau (ke-103, naik 7), Azerbaijan (ke-114, naik 6), Libya (ke-120, naik 6), Malaysia (ke-130, naik 7) dan Rwanda (ke-133, naik 7) adalah penggerak dan pelonjak terbesar dalam ranking pada bulan November,” tulis FIFA.

Advertisements

+26.1 mata FIFA yang dipungut Malaysia telah melonjakkan kedudukan Malaysia ke-130 dunia, menjadikan mata terkumpul sebanyak 1122.9 mata. Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pasukan paling cemerlang di Asia.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal beraksi dalam beberapa lagi aksi persahabatan Tier 1 sebelum memulakan kempen Piala Asia di Qatar, Januari depan.

Malaysia dilihat miliki peluang yang besar untuk layak ke pusingan ketiga kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 sekaligus bakal mencerahkan lagi peluang untuk mara ke Piala Dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram