Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menutup peluang buat tiga negara untuk beraksi di Piala Dunia.
Edisi Piala Dunia berikutnya pada tahun 2026 bakal diadakan di Amerika Syarikat (USA), Kanada dan Mexico yang menyaksikan penambahan daripada 32 kepada 48 pasukan bertanding.
Pasukan akan dipecahkan kepada 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu kumpulan dengan hanya dua pasukan teratas mara ke pusingan kalah mati.
Dua negara telah dilarang secara teknikal daripada kejohanan itu iaitu Rusia kini digantung daripada bermain dalam kejohanan yang dibenarkan FIFA kerana pencerobohan pada Februari 2022 ke atas Ukraine.
Mereka kini mengadakan aksi persahabatan juga di luar Eropah dengan aksi terbaru melibatkan pertemuan dengan negara Zambia dan Grenada.
FIFA juga telah menutup peluang buat Republik Congo untuk beraksi pada pentas tertinggi bola sepak dunia itu kerana campur tangan pihak ketiga dalam bidang pengurusannya.
Sebelum ini, Afrika Selatan telah disingkirkan daripada FIFA pada 1976 dengan sukan lain turut memilih untuk memboikot negara itu sepenuhnya.
Mereka dikembalikan semula pada 1992 dan memenangi Piala Negara-Negara Afrika pada 1996, sebelum menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2010.