FIFA Kemas Kini Senarai Sekatan Kelab Liga Malaysia
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengemas kini senarai kelab-kelab di Liga Malaysia yang dikenakan sekatan perpindahan.

Beberapa hari lalu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan laporan 3 kelab dari Liga Malaysia iaitu Terengganu, Kelantan DN dan PT Athletics yang telah dikenakan sekatan FIFA pada tahun ini.

Ad
Sponsors

Terengganu segera tampil dengan sebuah kenyataan media menjelaskan bahawa isu membabitkan bekas pegawai asing pasukan yang sudah pun diselesaikan pada April 2025 yang lalu.

Ad

“Sepatutnya isu ini tidak perlu dimainkan oleh kerana perkara ini telah diselesaikan sepenuhnya oleh pihak TFC pada April 2025 yang lalu,” jelas pengurusan kelab menerusi kenyataan pada Isnin.

“Ianya melibatkan bekas pegawai asing pasukan dengan TFC apabila timbul sedikit pertikaian berkait bayaran elaun yang melibatkan 5 angka sahaja.”

Ad

“Pengesahan penyelesaian penuh telah diperakui FIFA pada 21 April 2025 dan memberikan masa 5 hari kepada penuntut mengesahkan bayaran.”

Ad

Terkini, hasil tinjauan di laman FIFA Transfer List, tiada lagi nama Terengganu dengan hanya berbaki 8 lagi kelab yang masih dalam senarai ini dengan ada di antaranya telah pun terkubur.

Ad

Antara kelab tersebut adalah Perlis FA, Melaka United FC, Sarawak United FC, Kelantan FC, Melaka United, Kelantan Darul Naim FC, PT Athletic FC dan juga Kelantan FA.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments