FIFA Letak Arif Aiman Dalam Kelompok Bintang Tumpuan Piala Asia
Harimau Malaya
FIFA
Advertisements

Persembahan terbaik yang dipamerkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi kini menjadi tumpuan ramai.

Tidak ketinggalan untuk memberikan tumpuan kepada kebolehan Arif Aiman adalah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam satu berita yang disiarkan di laman web FIFA, nama Arif Aiman telah disenaraikan sebagai antara lima bintang yang perlu diberikan tumpuan untuk kempen Piala Asia 2023 Qatar pada Januari tahun depan.

Advertisements

“Malaysia kini muncul sebagai kuasa baharu di Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan mereka sebelum ketibaan jurulatih Korea,Kim Pan-gon, tetapi kemudian mennag 18 daripada 27 perlawanan mereka.

“Mereka juga telah membuat permulaan yang baik untuk kelayakan Piala Dunia 2026 dengan memenangi dua perlawanan pertama Kumpulan D. Paling ketara, mereka bangkit daripada ketinggalan 3-1 ketika menentang Kyrgyzstan sebelum menang 4-3.

“Tunjang kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang merekodkan tiga bantuan gol dalam kemenangan dramatik itu. Pemain berusia 21 tahun itu telah beraksi bersama gergasi Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT), meledak lapan gol dan mencipta 13 bantuan gol dalam 23 perlawanan musim ini.

Advertisements

“Beliau menjadi terkenal selepas menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund akhir tahun lalu dan telah meningkat secara berterusan untuk menjadi salah satu prospek paling menarik di Malaysia,” coret FIFA dalam berita mereka.

Selain Arif, empat bintang lain yang menjadi tumpuan FIFA adalah Junya Ito dari Jepun, Cho Gue-sung dari Korea Selatan, Harry Souttar dari Australia dan Harib Abdalla dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram