Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memahat kenangan manis lagenda Malaysia, Safiq Rahim.
FIFA sudah beberapa kali memuat naik hantaran berkaitan pemain negara termasuklah kejayaan Harimau Malaya yang melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia.
Malaysia terus mempamerkan kemajuan positif apabila terus berkembang positif terutamanya sejak dikendalikan oleh jurulatih Sepanyol, Pau Marti Vicente.
Menerusi satu hantaran oleh FIFA, kelibat Safiq yang kini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri perhatian ramai.
Pemain berusia 37 tahun itu pernah menjadi sandaran utama skuad kebangsaan untuk mengemudi jentera tengah pasukan semasa era kegemilangan negara.
“Safiq Rahim atau lebih mesra disapa Copot antara permata bola sepak yang pernah menjadi sebutan dalam kalangan penyokong skuad Harimau Malaya,” tambahnya.
Beliau merupakan enjin pada bahagian tengah negara sejak kali pertama beraksi dan berjaya meraih hampir 75 penampilan dan menjaringkan sekitar 11 gol sehingga tahun 2022.