“FIFA Paling Tak Suka Masalah Tunggakkan Gaji” – Hamidin
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilihat sedikit kecewa dengan situasi semasa bola sepak negara membabitkan dua pasukan dalam Liga Super.

Beliau menegaskan masalah ini perlu ditangani sehabis baik walaupun banyak kelab yang telah pihaknya keluarkan antaranya Perlis dan Melaka.

Dalam pada itu, Hamidin menjelaskan jika masalah ini berlarutan, Malaysia bakal dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Oleh kerana, mereka paling tidak suka masalah tunggakkan gaji.

Advertisements

“Ini merupakan satu penyakit yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Sejak empat tahun lalu banyak kelab yang telah kita singkirkan seperti Perlis dan Melaka.”

“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka jika ia berterusan berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan,” jelasnya kepada Stadium Astro.

Beliau juga percaya dengan adanya pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL), harapannya MFL akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menangani masalah ini.

Advertisements

“Saya yakin pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang berbincang untuk mengambil tindakan yang tegas.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram