FIFA Tolak Rayuan Kelantan FC, 4  Pemain Import Tersepit
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menolak rayuan yang dilakukan oleh pasukan Liga Super, Kelantan FC.

Umum mengetahui bahawa pasukan milik Norizam Tukiman itu telah membawa masuk 4 muka baharu dalam jendela perpindahan kedua Liga Super.

The Red Warriors menagih khidmat pemain baharu untuk memantapkan lagi jentera pasukan pada setiap bahagian.

Advertisements

Hasrat untuk menggunakan khidmat 4 pemain ini bagaimanapun tertangguh selepas rayuan Kelantan difahamkan telah ditolak oleh FIFA.

Menurut keterangan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, terdapat kelewatan yang terjadi ketika urusan pendaftaran dilakukan sehingga menyebabkan mereka tidak boleh didaftarkan.

Advertisements

“Lepas tarikh tutup 1 Ogos itu, Kelantan tak dapat mendaftar. Kita (FAM) mengambil insiatif untuk memohon kepada FIFA pada 4 Ogos bagi melanjutkan tempoh pedaftaran namun ditolak,” ujar beliau kepada Astro Arena.

Pihak FAM bagaimanapun bertungkus-lumus untuk membantu dengan menghantar rayuan kedua kepada FIFA namun masih tiada sebarang jawapan.

Advertisements

Keadaan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada pasukan dan pemain import yang kini sudah menjalani latihan bersama Kelantan hampir dua minggu.

Pemain yang dimaksudkan ialah penjaga gol Iran, Aliakbar Ahmadi, pertahanan tengah, Allie Sisse dan dua lagi pemain iaitu Ahmed Magdy bersama penyerang berbisa, Dennis Bushening.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram