FIFA Tunggu Aksi Malaysia vs New Zealand Penuh Debaran
MakanBola
FAM/FIFA
Sponsors

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) teruja menantikan aksi antara Malaysia vs New Zealand.

Skuad kendalian Pau Marti sudah menjalani persiapan hampir 7 hari di Auckland bagi menentang pasukan ke-95 dunia itu.

Ad
Sponsors

Harimau Malaya sebelum ini telah mengharungi aksi persahabatan menentang Auckland FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Ad

Pengendali kelahiran Sepanyol itu teruja apabila berjaya mendapatkan gambaran awal termasuklah barisan pemain yang berpotensi diturunkan.

“Kita mengharungi aksi yang baik menentang Auckland FC. Walaupun mereka kelab baru, mereka telah melabur banyak untuk memantapkan pasukan.

Ad

“Ini menjadi ujian yang baik buat Harimau Malaya terutamanya kerana kita bakal menghadapi New Zealand. Kita menjangkakan aksi yang sama, amat fizikal dan laju,” jelasnya selepas menentang Auckland.

Ad

FIFA kelihatan teruja untuk menantikan pertembungan semula dua pasukan ini setelah hampir 18 tahun penantian.

Ad

“Kali terakhir bertemu 2006. Adakah Harimau Malaya boleh buat kejutan ke atas All Whites?,” tanya FIFA.

Malaysia tewas dua kali pada pertemuan tahun 2006 dengan keputusan 1-0 dan juga 2-1 hasil jaringan tunggal lagenda negara, Safee Sali.

Pertemuan dua pasukan ini bakal berlangsung pada 14 Oktober 1024 jam 2 petang di Stadium North Harbour, Auckland.