Pemain tengah Filipina, Sandro Reyes mengakui perlawanan menentang Tajikistan dalam saingan Pestabola Merdeka petang ini bakal memberi impak positif kepada pasukan.
Beliau percaya berdepan Tajikistan yang juga antara jaguh di Piala Asia baru-baru ini dapat mengukur tahap sebenar pasukan.
“Ianya satu perlawanan yang bagus buat kami kerana Tajikistan satu pasukan yang bagus.
“Mereka berjaya ke saingan suku akhir Piala Asia baru-baru ini. Kami mahu menguji kekuatan kami dengan pasukan yang bagus untuk melihat dimana tahap kekuatan kami.
“Ianya satu perlawan yang sukar. Namun kami tetap akan memberikan persembahan yang terbaik menentang mereka,” kata Sandro Reyes kepada Astro Arena.
Sementara jurulatih Filipina, Norman Fegidero Jr turut percaya bahwa pasukannya boleh memberikan tentangan yang hebat kepada Tajikistan.
“Menentang pasukan yang kuat, memberi satu perkara baik buat pasukan saya. Kami boleh baiki kelemahan pada masa tambahan nanti.
“Jika berjaya memperoleh Kemenangan menentang Tajikistan, ianya satu suntikan positif seluruh pasukan untuk hadapi Piala AFF kelak,” kata Tom Saintfiet kepada Astro Arena.
Filipina bakal berdepan Tajikistan petang ini bagi penentuan tempat ketiga pada jam 4.30 petang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.