“Filipina Main Lebih Baik Berbanding Lawan Malaysia” – Norman Fegidero
MakanBola
Philippine National Team

Pengendali interim Filipina, Norman Fegidero berpuas hati dengan corak permainan pasukan itu apabila turun menentang Tajikistan hari ini.

Filipina dan Tajikistan berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk merebut kedudukan tempat ketiga Pestabola Merdeka 2024.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola (@makanbolaplus)

Ad

Meskipun dilabel pasukan bukan pilihan, anak buah Fegidero menunjukkan prestasi terpuji di atas padang. Ini termasuk penjaga gol Persib Bandung, Kevin Ray Mendoza.

Ad

Mendoza cemerlang mempertahankan gawang The Azkals daripada ditembusi Tajikistan yang berstatus pasukan ke-104 dunia. Keadaan ini memastikan perlawanan kekal seri tanpa jaringan selepas 90 minit perlawanan.

Pada akhirnya, The Crowns meraih tempat ketiga selepas meraih kemenangan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad
Ad

Dengan mengambil kira faktor tempoh persediaan yang terhad dan Philippine Football League (PFL) belum bermula, Fegidero cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Ad

“Sudah tentu kita kekurangan dari segi persediaan dan tempoh masa yang singkat, saya terkejut pemain-pemain menunjukkan prestasi cemerlang menentang Tajikistan pada petang ini.

“Ini satu pelan yang baik buat pasukan dan untuk kejohanan-kejohanan yang mendatang,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan di SNBJ.

Fegidero turut memuji penganjuran Pestabola Merdeka 2024. Ini kerana beliau merasakan kejohanan ini membantu pasukan itu mendapat pendedahan berguna di peringkat antarabangsa.

“Ini satu kejohanan yang bagus buat kami kerana kami memerlukan lebih banyak pendedahan untuk pasukan. Ini disebabkan sudah tentu (PFL) belum bermula di Filipina.

“Jadi, saya fikir ini sesuatu yang bagus buat para pemain untuk menyertai kejohanan Pestabola Merdeka,” ujarnya.

Selepas ini, Filipina akan mengalihkan fokus kepada satu lagi kejohanan antarabangsa iaitu King’s Cup di Thailand pada Oktober ini. Ironinya, Filipina bakal bersaing sekali lagi dengan Tajikistan kerana pasukan Asia Tengah itu turut menyertai kejohanan berkenaan.

Selain Filipina dan Tajikistan, King’s Cup turut disertai wakil Asia Barat, Syria dan tuan rumah Thailand.