Skuad bola sepak wanita Filipina mencerahkan peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik 2024 Zon Asia dengan mengalahkan Iran 1-0.
Filipina tahu kemenangan saja yang dapat mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan ketiga sebagai naib juara kumpulan selepas tewas 8-0 kepada Australia.
Ini kerana hanya naib juara terbaik saja yang terpilih mengikut juara Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C ke pusingan seterusnya.
Anak-anak buah Mark Torcaso membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah veteran, Tahnai Annis pada minit ke-19. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.
Bersambung pada babak kedua, Iran berusaha memburu gol bagi menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun, skuad Filipinas kental mempertahankan kelebihan 1-0 mereka sekaligus meraih tiga mata berharga pada akhir perlawanan.
Keputusan ini menyaksikan mereka kekal di tangga kedua di belakang Australia. Walaupun memiliki mata sama dengan The Matildas, Filipina kekal di tangga kedua kerana perbezaan jaringan yang besar.
Filipina berpotensi layak ke pusingan ketiga kelayakan dengan syarat Korea Selatan seri atau tewas kepada China.
Jika China berjaya meraih kemenangan sekalipun, sukar bagi mereka memintas Filipinas dalam kumpulan naib juara terbaik kerana pasukan Asia Tenggara itu memiliki kelebihan dari segi jaringan.