Aksi final pertama Shopee Cup menyaksikan Cong Ahn Ha Noi (CAHN) semakin hampir untuk bergelar sebagai juara setelah mengatasi Buriram United pada Rabu.
Pertemuan epik di perlawanan akhir ini menjadi tumpuan ramai oleh kerana CAHN dan juga Buriram United dilihat sebagai pasukan pilihan setelah masing-masing beraksi cemerlang di Shopee Cup.
Dion Cools, Supachai Chaided serta Lucas Crispim menjadi sandaran utama Buriram untuk merobek kubu lawan tatkala CAHN turun dengan formasi 3-4-3, ditunjangi oleh Nguyen Quang Hai.
Gol pembukaan berjaya disumbang oleh pemain CAHN, Leo Artur pada minit ke-18 permainan apabila tonggak import itu mudah menolak bola ke gawang Buriram hasil hantaran oleh Vitao.
Buriram tidak menunggu lama bagi menyamakan kedudukan menerusi tandukan bebas berpunca daripada sepakan sudut Peter Zulj di minit ke-28 yang gagal ditepis oleh penjaga gol, Filip Nguyen.
7 minit kemudian, suasana di stadium riuh-rendah sekali lagi apabila CAHN berjaya meledak gol kedua permainan apabila Alan Grafite memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Buriram.
Separuh masa pertama tamat, CAHN 2-1 Buriram United.
Kembali di babak kedua, Buriram kembali dengan semangat berkobar-kobar untuk memburu jaringan kedua namun aksi tangkas Filip Nguyen jelas mengecewakan pemain Thunder Castle.
Akhirnya, gol yang dicari menjelma pada minit ke-79 apabila Peter Zulj menanduk masuk bola muntah daripada sepakan kencang Guilherme Bissoli untuk Buriram mengikat kembali kedudukan.
Aksi di Stadium Hang Day berakhir dengan keputusan 2-2 dengan aksi final kedua Buriram United vs CAHN di Chang Arena akan berlangsung pada 21 Mei 2025 hadapan.