Ads
Liga Super
HRH Crown Prince of Johor

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menasihati kelompok tertentu agar fokus kepada kelab masing-masing.

Advertisements

Ini kerana pada hemat baginda, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kini berada pada tahap berbeza dan terus mencipta rekod demi rekod setiap tahun.

Advertisements

Justeru, Tunku Ismail melihat sudah tiba masanya usaha membanding-bandingkan JDT dengan pasukan-pasukan lain dihentikan.

Advertisements

Advertisements

Sebaliknya dan yang lebih penting ialah memberi fokus kepada memajukan pasukan masing-masing. Baginda berpandangan dengan cara ini, arena bola sepak negara akan lebih maju dan menguntungkan semua pihak termasuk skuad kebangsaan.

“Jadi nasihat saya, kepada yang ada-ada, fokus kepada kelab sendiri dan cukup-cukuplah nak buat perbandingan, tuduh sini sana tak berhenti henti.

Advertisements

“Kami sudah terlampau jauh dengan rekod-rekod yang kami pecahkan dan mencipta rekod yang baru. Ingatlah wakai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.

“Rezeki yang dikurniakan, ini bukan secara kebetulan tetapi telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Bila anda ada niat yang baik, anda akan sentiasa dirahmati,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story baginda.

Advertisements

Harimau Selatan mengulangi kecemerlangan musim 2022 dengan menggondol empat trofi buat kali kedua berturut-turut pada tahun 2023. Selain itu, JDT juga masih belum kalah dalam liga sejak musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram