Formula Benjamin Mora Kembali Bernyawa Di Mexico
Eropah
Atlas FC
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kembali menemui sentuhannya di Mexico apabila pasukannya mempamerkan kebangkitan luar biasa musim ini.

Pengendali muda berusia 45 tahun itu diberi tanggungjawab untuk memacu cabaran kelab negara kelahirannya, Atlas FC namun menempuhi perjalanan yang penuh berliku.

Sungguhpun memulakan aksi dengan agak baik apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam lima aksi pertama.

Advertisements

Beliau bagaimanapun menempuh detik sukar apabila rentetan kekalahan sehingga menyebabkan pasukannya menghampiri zon penyingkiran.

Kekecewaan tersingkir dari CONCACAF Champions League apabila ditewaskan oleh Philadeplhia tempoh hari telah membuatkan anak didiknya bangkit.

Bermula dengan kemenangan menentang Pachuca dengan jaringan besar 4-1 pada 16 April yang lalu, momentum baik ini diteruskan dalam tiga aksi berikutnya.

Advertisements

Atlas mencatatkan kemenangan penting 1-3 di tempat lawan berdepan Necaxa dan Cruz Azul selain terikat 0-0 berdepan San Luis.

Los Rojinegros ketika ini berada di tangga ke-9 Liga Mexico berbanding ke-14 pada bulan lalu sekaligus berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ke tahap yang lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram