Frank Lampard Catat Rekod Jurulatih Paling Teruk Di EPL
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Kekalahan 2-0 Chelsea di tangan Brentford bukan sekadar menambah derita musim 2022-2023 Blues. Malah, ini turut menjadikan pengurus interim, Frank Lampard pegang rekod kekalahan terburuk sebagai pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kenyataan ini bersandarkan kepada 24 kekalahan EPL yang direkodkan beliau sejak Februari 2022, majoritinya semasa bersama Everton. Biarpun dilantik sebagai pengurus interim Chelsea baru-baru ini, Lampard tewas semua lima perlawanan Blues dalam semua kejohanan termasuk perlawanan menentang Brentford awal pagi tadi.

Dengan rekod buruk ini, tidak hairanlah moral para pemain dan penyokong berada pada tahap paling rendah. Imej para penyokong yang hampa dengan persembahan pemain di Stamford Bridge sudah cukup menggambarkan apa yang berlaku.

Advertisements

Di media sosial, ada yang secara bergurau mengatakan Lampard sedang cuba mengheret Blues ke zon penyingkiran selepas melakukan perkara sama dengan Everton. Ada juga yang menyalahkan pemilik pasukan, Todd Boehly sebagai orang bertanggungjawab kepada masalah Chelsea ketika ini.

Satu-satunya kelegaan penyokong Chelsea ialah Lampard hanya kekal sebagai pengurus sehingga akhir musim ini. Dengan Blues difahamkan semakin hampir melantik bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, ramai berharap Boehly bakal memberi sokongan terhadap Pochettino.

Bagi Lampard pula, rekod 24 kekalahan EPL itu harus dipadam dengan segera jika beliau masih beraspirasi sebagai pengurus. Ini kerana ini menunjukkan beliau tidak boleh diharap bagi mengetuai sebarang projek baru baik di peringkat EPL, divisyen bawah atau di luar negara.

Advertisements

Ramai penyokong Chelsea akan sentiasa mengenangnya sebagai legenda yang banyak menyumbang kepada kejayaan silam pasukan mereka. Tetapi jika ditanya legasi Lampard sebagai pengurus, ramai tidak akan mahu menyebut rekod 24 kekalahan berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram