Skuad futsal wanita Indonesia semakin garang dalam saingan PFF Women’s Tri-Nation Futsal Invitational 2023 apabila menewaskan tuan rumah, Filipina 9-4 hari ini.
Selepas menewaskan New Zealand 3-1 semalam, Indonesia semakin garang memburu kemenangan kedua dalam kejohanan.
Sementara Filipina pula berharap dapat meraih kemenangan pertama sebagai tuan rumah kejohanan.
Bagaimanapun, apa yang diharap mereka tidak kesampaian. Sebaliknya, Indonesia mengganas dengan menyumbat enam gol pada babak pertama.
Biarpun Filipina cuba merapatkan jurang, skuad futsal wanita Indonesia memastikan kemenangan milik mereka dengan keputusan 9-4.
Dengan Indonesia sah sebagai lawan terakhir di final pada 22 Oktober, Filipina dan New Zealand perlu bersaing untuk menentukan kedudukan kedua dan ketiga kejohanan esok.
Dari situ, dua pasukan ini akan kembali bersaing pada 21 Oktober bagi menentukan pasukan yang menjadi lawan Indonesia pada Ahad.