Futsal JDT Umum Ketibaan Jurulatih & Bintang Baharu Musim 2024
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Selepas meraih gelaran naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu bangkit untuk saingan musim depan.

Hari ini, JDT mengumumkan ketibaan dua muka baru iaitu jurulatih kecergasan, Jesus Rey Gonzales dan pemain futsal kebangsaan, Yazid Kamaruzuan.

Gonzales dibawa masuk bagi membantu pengendali pasukan, Juan Antonio Miguel Garcia menambahbaik aspek kecergasan para pemain futsal Harimau Selatan di atas gelanggang.

Advertisements

Ini bagi memastikan kempen JDT dalam saingan MPFL musim 2024 berjalan lancar tanpa masalah kecederaan.

Harimau Selatan turut memperkuat barisan pemain mereka dengan membawa masuk Yazid yang juga bekas kapten Selangor TOT United.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak akan berdepan masalah menyesuaikan diri kerana ramai pemain futsal kebangsaan beraksi untuk JDT.

Advertisements

Selain Selangor TOT, Yazid juga pernah beraksi untuk satu lagi kelab MPFL iaitu Pahang Rangers.

Kehadiran dua individu ini melambangkan kesungguhan Harimau Selatan untuk memburu trofi MPFL musim depan selepas dikecewakan Pahang Rangers musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram