Gabriel Palmero Hargai Pengalaman Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero menghargai pengalaman menyertai kem Harimau Malaya pada Mac lalu.

Bek kiri berusia 23 tahun itu menganggap ia satu pengalaman yang bagus dan membuka persepsinya kepada dunia yang lebih luas terutama bola sepak Asia.

Ad

“Ia satu perkara yang mahu diterokai dan dijalankan. Pada akhirnya, ia satu pengalaman yang bagus di ini menunjukkan apa pengalaman yang saya rasai di luar sana.

Ad

“Bola sepak Asia pada hemat saya satu pengalaman baru yang hebat dan saya percaya itu menjadikan saya lebih baik,” katanya dalam satu temu bual bersama laman sesawang rasmi Tenerife.

Palmero dan Hector Hevel merupakan dua tonggak baharu yang dipanggil jurulatih Australia, Peter Cklamovski untuk kem Harimau Malaya pada Mac lalu.

Ad

Meskipun graduan akademi Las Palmas itu tidak terpilih untuk aksi menentang Nepal, kesungguhan Palmero sepanjang kem menarik perhatian Cklamovski.

Ad

“Gabriel (Palmero) beliau seorang pemain muda yang bagus. Beliau pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara, membuatkan Malaysia bangga di negara lain,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Saya rasa ini satu pengalaman yang baik buat beliau untuk menempuh perjalanan dari Sepanyol ke Malaysia. Kita sememangnya menikmati kem ini dan beliau (antara prospek) untuk masa depan.”

Palmero berharap dapat menarik perhatian Cklamovski dengan tampil lebih konsisten bersama Tenerife B.

Beliau kini merekodkan 10 penampilan dan satu gol bersama pasukan itu. Ini termasuk kekalahan 2-1 di tangan Real Madrid C pada 6 April lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments