Gabriel Palmero Terima Panggilan Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero bakal menyertai kem Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Ini selepas akaun Instagram CanderaCDT memaklumkan bek kiri berusia 23 tahun itu telah mendapat panggilan kem Harimau Malaya.

Ad
Sponsors

“Gabriel Palmero, pemain CD Tenerife B telah dipanggil skuad kebangsaan Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Asia,” katanya.

Ad

Palmero berpeluang meraih penampilan pertama menerusi dua aksi pemanas badan yang diadakan sebelum aksi menentang Vietnam.

Malaysia dijadual bertemu dengan pasukan ke-72 dunia, Cape Verde dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 29 Mei.

Ad

Ini disusuli aksi persahabatan tertutup dengan lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 3 Jun.

Ad

Setelah itu, skuad negara yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berdepan Vietnam untuk aksi kedua Kumpulan F di SNBJ pada 10 Jun.

Ad

Palmero menutup musim 2024/25 dengan merekodkan 14 penampilan dan satu gol untuk CD Tenerife B. Beliau juga merekodkan 14 penampilan untuk Gimnastica Segoviana pada musim ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments