Advertising
Gaduh Besar 3 Tahun Lalu, Dua Pemain Thailand Kini Satu Pasukan
MakanBola
Thai League

Nama pemain Thailand, Aitsaret Noichaiboon kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak Thailand hari ini.

Ini selepas wartawan sukan Thailand, Ta Lao berkongsikan satu ciapan daripada Goal Thailand yang memaparkan gambar Aitsaret bersama seorang pemain lain, Supasan Ruangsuphanimit.

Ad

“Siapa boleh bayangkan mereka bermain untuk pasukan sama dua tahun kemudian,” katanya di X.

Ad

Nama kedua-duanya pernah menjadi bualan peminat bola sepak Thailand gara-gara tindakan Aitsaret menyiku Supasan dalam satu perlawanan Thai League 3 pada 2022.

Insiden tersebut mengakibatkan dia terpaksa menerima 24 jahitan di bahagian atas bibirnya. Ketika itu, kedua-duanya masing-masing beraksi untuk North Bangkok University dan Bangkok FC.

Ad

Tindakan Aitsaret bukan saja menyebabkan dia diperintah keluar padang. Malah, Bangkok FC bertindak menamatkan kontraknya atas alasan tindakan pemain itu menjejaskan nama baik pasukan berkenaan.

Ad

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) kemudiannya menjatuhkan hukuman penggantungan selama tiga tahun atas tindakan ganas Aitsaret.

Ad

Selepas hukuman dijatuhkan, dia kemudiannya memeluk Supasan dan memohon maaf atas tindakannya itu.

“Saya mahu memohon maaf atas apa yang saya lakukan pada hari itu. Itu satu detik beremosi dan saya tidak dapat mengawal diri saya.

“Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada Supasan, pasukannya dan semua orang yang terkesan kerana insiden tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan Bangkok Post.

Kini, kedua-dua pemain kini beraksi bersama satu pasukan amatur menerusi gambar yang dikongsikan oleh Goal Thailand.

Lantas, ada yang bertanya bagaimana Aitsaret masih boleh bermain sedangkan beliau masih perlu menjalani penggantungan selama tiga tahun.

Ta Lao memaklumkan disebabkan pasukan yang disertainya ialah pasukan amatur, maka pasukan itu tidak berada di bawah naungan badan induk bola sepak Thailand itu.

Ini bermakna Aitsaret tidak berdepan masalah untuk bermain bola sepak meskipun masih memiliki baki penggantungan setahun.