Gaduh Besar, Aksi ‘Muay Thai’ Di Futsal Semata-Mata Rebut RM1200
UltraSukan
Futsal Chuteiras
Advertisements

Hanya kerana mengejar hadiah kemenangan bernilai RM1,200, seorang pemain futsal bertindak menyerang lawannya di atas gelanggang semalam.

Insiden ini berlaku dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Ramadhan League antara Kesham FC dengan Chuteiras FC di Sergio Aguero Arena, Kuantan.

Menerusi satu video yang dimuatnaik pentadbir akaun TikTok Chuteiras, seorang pemain Kesham dikesan menumbuk pemain pasukan itu.

Advertisements

Insiden tersebut mencetuskan pertelagahan antara kedua-dua pasukan sebelum pasukan pengadilan menenangkan keadaan.

Pada akhir video tersebut, pemain berkenaan dilihat mengalami lebam dan darah pada matanya sebelum menerima rawatan daripada pasukan perubatan.

“Hadiah RM1,200 saja, bukan RM120,000. Tenang-tenang sudahlah, sudahnya raya dengan mata lebam salah seorang pemain kami,” kata pentadbir akaun tersebut.

Advertisements

Di ruang komen, ramai peminat futsal tidak gembira dengan tindakan pemain Kesham tersebut. Lantas, ramai meminta satu laporan polis dibuat atas apa yang berlaku.

Salah seorang daripadanya ialah pengguna TikTok bernama Hello. Dia mencadangkan laporan polis dibuat sebagai pengajaran kepada individu yang terbabit dalam insiden berkenaan.

“Lapor polis terus, biar kena dakwa mencederakan orang. Biar kena reman dulu. Laporkan juga pemain (berbaju) oren yang pada saat akhir itu tiba-tiba tumbuk (orang) itu,” ujarnya.

Advertisements
@futsalchuteiras

Tournament hadiah RM1200 je bukan RM120,000. rilek2 dahla, dah raya dengan mata lebam salah sorg player kami. #LigaRamadhan

♬ original sound – FutsalChuteiras – FutsalChuteiras

Sejak video tersebut dimuatnaik di TikTok, video berkenaan sudah ditonton lebih 89,000 kali, mendapat 2,528 tanda suka dan dikongsikan sebanyak 141 kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram