Gagal Yakinkan Jurulatih Indonesia, Pemain Ini Sertai PSG
MakanBola
Darius Sinathrya

Pemain berusia 16 tahun dari Indonesia, Lionel Sinathrya berjaya membuka mata ramai pemerhati bola sepak Indonesia selepas berjaya diterima masuk ke pasukan bawah 19 tahun kelab ternama, Paris Saint Germain (PSG).

Difahamkan sebelum ini, Lionel telah menjalani percubaan bersama skuad kebangsaan bawah 17 tahun Indonesia yang bakal beraksi di Piala Dunia B-17 November ini. Namun percubaan tersebut berakhir dengan kegagalan.

Ayah Lionel, Darius Sinathrya nyata bangga dengan anaknya yang terpilih untuk mampu menembusi skuad bawah 19 tahun PSG walaupun anaknya baru berusia 16 tahun.

“Sedikit cerita dari Perancis. Musim ke 3 @lionel.sinathrya & musim ke2 @diego.sinathrya di @psgacademypro_greatergeneva setelah 1 minggu kombinasi latihan dengan intensiti tinggi dan berbagai ujian fizikal, tim ini mulai menjalani perlawanan ujian dengan pasukan-pasukan tempatan.

“Diego yang masuk di U-16 diminta bermain di posisi nombor 6 dan terpilih jadi kapten pasukan, sementara Lio bergabung di U-19 walau masih ramai pemain di kelompok ini yang seharusnya kekal di U-17 termasuk Lio sendiri,” coret Darius di laman instagram beliau.

View this post on Instagram

A post shared by Darius Sinathrya K (@darius_sinathrya)

Berita ini telah tular di Indonesia kerana nama Lionel tidak terpilih oleh jurulatih skuad kebangsaan bawah 17 tahun Indonesia, Bima Sakti bagi menghadapi Piala Dunia B-17. Jika Lionel terus mempamerkan kehebatan di eropah, sudah tentu masanya akan tiba buat Lionel untuk menyarung jersi ‘Sang Garuda’.