Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kadangkala gaji seseorang pemain bola sepak itu bukan lagi rahsia. Tidak ketinggalan pemain-pemain yang beraksi di Liga Malaysia. Baru-baru ini, telah tular foto yang memaparkan jumlah gaji yang dikatakan telah diterima oleh pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Advertisements

Dalam foto tersebut, Faisal dikatakan menerima gaji sekitar RM80 ribu sebulan selepas mengambil keputusan menyertai ‘Gergasi Merah’ musim ini. Foto yang tular di laman Facebook itu juga membandingkan gaji Faisal dan Arif Aiman yang menerima gaji RM25 ribu sebulan di Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hasil tinjauan di ruangan komen Harimau Selatan X, Faisal menafikan menerima jumlah gaji sebanyak itu. Bagi beliau, jika menerima gaji yang sebanyak itu, mungkin beliau sudah membeli kereta yang berharga setengah juta dan ke atas.

Advertisements

“Pandai-pandai saja. Hahahahaha (kalau gaji) 80k, saya dah pakai kereta harga 500k-600k dah,” tulis Faisal di ruangan komen Harimau Selatan X.

WhatsApp Image 2023 04 17 at 10.11.38 Gaji Faisal Halim Tak Sampai RM80 Ribu
Komen yang ditinggalkan Faisal Halim di Facebook Harimau Selatan X.

Faisal mengejutkan ramai pihak apabila meninggalkan Terengganu selepas melalui beberapa musim yang baik bersama skuad ‘Sang Penyu’ itu. Kini bersama Selangor, Faisal sudah berjaya meledak 3 gol dan mencipta 4 bantuan gol dalam kesemua 9 perlawanan yang dilalui.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram