Gaji Ivan Mamut ‘Sangkut’ 9 Bulan? Ini Jawapan Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Terengganu FC menjelaskan kedudukan sebenar mengenai berita tunggakan gaji penyerang, Ivan Mamut yang didakwa mencecah 9 bulan.

Baru-baru ini, tular khabar mengenai penyerang Croatia itu yang dikatakan memiliki tunggakan gaji 9 bulan ketika bersama skuad Peteh.

Ad
Sponsors

Kelab dalam satu kenyataan menafikan tuduhan ini sambil menegaskan bahawa berita yang tersebar adalah tidak tepat.

Ad

“Hangat diperkatakan berkenaan kegagalan pihak Terengganu Football Club (TFC) gagal membayar gaji hampir sembilan (9) bulan kepada Ivan Mamut.

“Pihak TFC ingin menyangkal dakwaan tersebut. Sumber yang diperolehi bukan dari kenyataan pihak kelab. Bagaimana isu ini boleh dihangatkan sedangkan ianya bukan satu berita yang tepat,” ujar kenyataan kelab.

Ad

Kecederaan jangka panjang yang dialami oleh penyerang tinggi lampai ini menyebabkan beliau disisihkan sepanjang musim 2024/25 sungguhpun telah menandatangani lanjutan kontrak.

Ad

“Ivan Mamut telah menandangani kontrak lanjutan musim 2024 / 2025 pada Disember 2023. Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan serius Achilles Tendon sekitar Mac 2024 menyebabkan beliau tidak dapat bermain. 

Ad

“Pada bulan April hingga Mei 2024, pihak TFC sedaya upaya membantu beliau dalam proses pemulihan namun beliau berkeras untuk melakukan rehabilitasi di negaranya iaitu Croatia dengan alasan ianya lebih baik. 

Rawatan yang diusahakan oleh Ivan Mamut di negaranya bagaimanapun tidak berjalan seperti yang diharapkan selepas masih tidak cergas untuk beraksi.

“Pihak TFC dan pemain bersetuju dengan terma dan syarat namun setelah tamat rehabilitasi di Croatia, pihak perubatan TFC mendapati kecederaan yang dialami tidak ada perubahan.

“Pada bulan Julai 2024, beliau sekali lagi memohon kepada pihak TFC untuk pulang dan ingin melakukan pembedahan serta pemulihan disana sehingga Disember 2024 dengan syarat dan terma dipersetujui.

“Beliau melapor diri kepada TFC dengan harapan ia bersedia untuk dimasukan dalam program latihan bagi baki saingan. Ia tidaklah seperti yang diharapkan kerana ketersediaan pemain dilihat tidaklah cergas sepenuhnya. “

Musim 2024/2025 menyaksikan beliau tidak mampu menyumbang apa-apa minit kepada perlawanan rasmi Liga Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments