Gaji Ivan Toney RM2.2 Juta Seminggu Di Arab Saudi
MakanBola
Al-Ahli SC

Penyerang baru Al-Ahli, Ivan Toney mencipta rekod tersendiri apabila menjadi pemain Inggeris menerima gaji termahal dalam sejarah.

Rekod ini terhasil apabila bekas penyerang Brentford itu menerima tawaran perpindahan daripada kelab Arab Saudi itu bernilai £40 juta (RM228 juta).

Ad

Selain membantu kelab lamanya menerima yuran perpindahan yang lumayan, Toney turut mendapat gaji mingguan sebanyak £400,000 (RM2.2 juta). Rekod ini jauh mengatasi gaji yang diterima peledak berbisa Bayern Munich, Harry Kane.

Ad

Selepas menyertai Die Roten dengan yuran perpindahan £82 juta (RM467 juta) pada musim 2023/24, Kane menerima gaji sekitar £217,000 (RM1.2 juta).

Sementara Jack Grealish, Marcus Rashford dan Jude Bellingham melengkapkan senarai lima pemain Inggeris menerima gaji termahal 90min.

Ad

Ketiga-tiga pemain ini masing-masing menerima gaji £165,000 (RM940,000) dan £164,000 (RM934,000) seminggu.

Ad

Meskipun kini beraksi dalam saingan Saudi Pro League (SPL), impian Toney untuk mewakili England di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka. Perkara ini dinyatakan oleh pengendali interim England, Lee Carsley.

Ad

“Sejujurnya, saya ada fikirkan tentang perkara itu. Saya fikir pada akhirnya sebagai ketua jurulatih interim, saya tak fikir saya boleh tentu siapa patut disisihkan atau tidak.

“Ia sesuatu yang menarik untuk pergi ke sana (Arab Saudi) dan melihat Ivan (Toney) bermain dan melihat tahap, tempo dan standard liga (SPL),” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Sebelum menyertai Al-Ahli, Toney turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Chelsea. Walau bagaimanapun, khabar tersebut tidak diterjemah dalam bentuk tawaran perpindahan tetap.