Gaji Lionel Messi Dipotong
MakanBola
Sumber gambar: fcbarcelonanoticias.com
Sponsors

Lionel Messi dan Barcelona mencapai persetujuan untuk menandatangani lanjutan kontrak selama 5 tahun lagi dan menerima pemotongan gaji yang besar untuk turus kekal di Barcelona.

Messi sebelum ini tanpa rasa malu memberitahu ingin berpindah daripada Barcelona berikutan kontraknya yang dipercayai telah tamat namun menukar hasratnya selepas Presiden asal Barcelona, Joan Laporta kembali memegang tampok kepimpinan Barcelona.

Ad

Laporta berharap untuk memuktamatkan persetujuan sebelum kontrak lanjutan setahun sebelum ini benar-benar tamat. Masalah hutang Barcelona yang yang mencecah RM4.7 bilion menyebabkan kelab tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan beberapa pemain namun tidak sanggup kehilangan Messi seperti yang dilaporkan ESPN.

Ad

Presiden La Liga pula memberi amaran kepada Barcelona bahawa kelab berkenaan tidak dibenarkan menandatangani kontrak baharu Messi seandainya gaji sekarang dikekalkan sebagai salah satu syarat undang-undang Financial Fair Play (FFP) yang turut dilaksanakan di Liga Super Malaysia.

Untuk membolehkan Barcelona mendaftarkan Messi dengan kontrak baharu selain kemasukan pemain baru seperti Sergio Aguero, Memphis Depay, Emerson Royal dan Eric Garcia, Barcelona tidak mempunyai pilihan melainkan mengurangkan gaji pemain dan menjual beberapa pemain lain.

Ad

Selain itu Barcelona turut menolak khabar angin untuk menjual Antoine Griezmann.

Ad