Gandingan Duo Sayap Tempatan Terengganu Makin Menjadi-jadi
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Duo sayap pasukan Terengganu, Engku Nur Shakir dan Hakimi Abdullah makin menjadi-jadi apabila kehadiran mereka sentiasa membantu pasukan mendapatkan gol.

Gandingan dua pemain tempatan ini dibahagian sayap pasukan menonjolkan aksi positif setelah Terengganu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Kuching City.

Engku Nur Shakir berjaya menjaringkan 1 gol dan 1 bantuan jaringan manakala Hakimi Abdullah pula melakukan 1 bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Engku Nur Shakir berada dalam prestasi terbaik beliau ketika ini setelah berjaya merekodkan 4 gol dan 5 bantuan jaringan dalam 15 penampilan liga bersama Terengganu bagi musim ini.

Hakimi Abdullah pula telah menjaringkan 3 gol dan melakukan 2 bantuan jaringan dalam 9 perlawanan liga ketika ini.

Malah dalam 3 perlawanan terakhir Terengganu, nama Engku Nur Shakir dan Hakimi Abdullah sentiasa berada dalam senarai penjaring mahupun senarai bantuan jaringan.

Advertisements

Dalam kemenangan besar ke atas Kelantan tempoh hari, Engku dan Hakimi masing-masing berjaya menyumbang 1 gol buat Terengganu.

Hakimi juga menjaringkan 1 gol manakala Engku melakukan 1 bantuan jaringan sewaktu Terengganu menang selesa 4-1 ke atas Kelantan United.

Engku Nur Shakir yang beraksi diposisi sayap kanan kadangkala turut mampu beraksi dibahagian kiri pasukan manakala Hakimi Abdullah lebih dominan dibahagian sayap kiri.

Advertisements

Perkara ini bukan sahaja baik buat Terengganu malah buat pasukan Harimau Malaya dalam memberikan Kim Pan-gon lebih banyak pilihan dibahagian sayap pasukan kelak.

Malah nama Engku Nur Shakir kini berada dalam senarai menunggu pasukan kebangsaan untuk aksi persahabatan bulan September ini.

Gandingan Engku dibahagian kanan dan Hakimi dibahagian kiri pastinya sedang dinilai oleh Tomislav Steinbrückner untuk aksi yang mendatang setelah aksi cemerlang dua pemain tersebut dibahagian sayap pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram