Gara-Gara Tidak Tahu Bahasa Inggeris, Doan Van Hau Hanya Bermain Di Liga Simpanan Eredivisie
Asia
Advertisements

Pertahanan sensasi Vietnam, Doan Van Hau dimaklumkan oleh pengurusan Heerenveen, kegagalan beliau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris menjadi punca mengapa pemain Vietnam tersebut gagal mendapat tempat ke pasukan utama kelab Belanda berkenaan.

Baru-baru ini Van Hau hanya digunakan untuk perlawanan pasukan simpanan sahaja walaupun telah melakukan debut untuk pasukan utama pada Disember lepas (2019).

Jurulatih Heerenveen, Johnny Jansen juga memaklumkan bahawa pemain bintang Vietnam ini gagal bercakap dan memahami arahan dalam Bahasa Inggeris dalam dan luar padang.

Advertisements

Sementara itu ketua jurulatih pasukan Hanoi FC, Chu Dinh Nghiem juga mengesahkan permasalahan ini.

Hampir 97% pemain Vietnam tidak boleh bercakap dan memahami Bahasa Inggeris dan hal ini pernah menggangu lajenda Vietnam sebelum ini, Le Cong Vinh ketika beliau bermain bersama pasukan Portugal, Leixoes 10 tahun lepas.

Heerenveen merupakan sebuah kelab yang bermain di liga utama Belanda, Liga Eredivisie.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram