Gary Steven Robbat Buat Penjaga Gol Lawan Terduduk
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Nama Gary Steven Robbat kembali meletus apabila jaringan roket beliau ke atas Hai Phong telah menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja dijaringkan dari jarak jauh, malah pergerakan bola yang laju itu turut membuatkan penjaga gol Hai Phong terduduk dan hanya mampu melihat tanpa bertindak.

Ad

Tindakan pantas pemain berusia 31 tahun itu merembat kencang bola sebelum diterjah pertahanan lawan ternyata membuahkan hasil buat pasukan.

Ad

Reaksi bersahaja Gary Steven Robbat yang terduduk setelah menjaringkan gol tersebut juga seolah-olah beliau sendiri tidak menyangka bola itu mampu menerjah jaring.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Ad

Gary Steven Robbat merupakan antara pemain penting Sabah dibahagian tengah pasukan dan telah melakukan lebih 10 penampilan dalam musim ini.

Ad

Jaringan pada minit ke-80 itu membantu Sabah merapatkan jurang gol dengan pasukan dari Vietnam namun tiada gol penyamaan dihasilkan yang menyaksikan Sabah tewas tipis 2-3.

Ad

Sabah kini berada ditangga kedua kumpulan H Piala AFC dan berkongsi 6 mata bersama pasukan Hai Phong.