Gawang Chelsea Pun Bolos, Chris Wood Ancaman Malaysia Kekang New Zealand
MakanBola
FAM/NZALLWHITES
Sponsors

Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood berjaya membolosi gawang Chelsea sekaligus menjadi amaran buat Malaysia menghadapi New Zealand.

Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Forest ketika mengikat Chelsea 1-1 di Stamford Bridge.

Ad

Beliau mempamerkan ketajaman memukau musim ini apabila berjaya menjaringkan 4 gol dalam hanya 7 penampilan sekaligus memberikan masalah besar buat Harimau Malaya.

Ad

Hal ini selepas skuad kendalian Pau Marti akan bertemu pasukan ke-95 dunia, New Zealand pada aksi persahabatan FIFA Tier 1 yang berlangsung pada tarikh 14 Oktober 2024.

Perlawanan di Auckland itu bakal menyaksikan skuad kebangsaan perlu berdepan dengan lawan yang cukup hebat sambil mahu memperbaiki kedudukan ranking FIFA Malaysia.

Ad

New Zealand yang dibimbing oleh Darren Bazeley berada dalam momentum terbaik apabila hanya tewas sekali dalam 6 perlawanan terakhir termasuklah ketika mengikat USA dengan keputusan 1-1.

Ad

Kehadiran Wood yang membentuk gandingan mantap bersama Matthew Garbett dan Elijah Just bakal menghadirkan situasi besar buat Harimau Malaya.

Ad

Skuad negara turut berada dalam prestasi cemerlang selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan dengan keputusan 1-0.