Gela Shekiladze: Tajikistan Akan Tampil Berbeza Melawan Filipina
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Tajikistan, Gela Shekiladze mahu menampilkan kelainan untuk aksi berdepan Filipina bagi penentuan tempat ketiga Pestabola Merdeka.

Gela Shekiladze bersedia menurunkan beberapa muka baharu bagi memberi pendedahan awal dalam aksi antarabangsa setelah ketiadaan pemain-pemain utama.

Ad

“Kami sedang melakukan persiapan tetapi malangnya pemain utama pertahanan tengah kami cedera semalam dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ad

“Saya harap dia akan segera kembali kerana dia pemain utama kita tetapi dalam bola sepak kami sudah bersedia untuk itu.

“Kami mempunyai beberapa pemain baru bagi posisi itu dan menentang Filipina saya harap ini akan menjadi perlawanan yang mencabar untuk kedua-dua pasukan.” jelas jurulatih Tajikistan itu.

Ad

Shekiladze juga berharap kehadiran pemain baharu bakal menambah kualiti permainan pasukan Tajikistan.

Ad

“Kami sudah bersedia dari segi taktikal tetapi yang penting adalah menjaga kecergasan pemain kerana perlawanan ini berlangsung dalam masa singkat iaitu 4 hari.

Ad

“Kami akan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda dan saya berharap ini akan memberikan keputusan yang positif kepada Tajikistan.” tambahnya lagi.

Tajikistan tewas tipis 1-0 kepada Lubnan tempoh hari dan kini pasukan itu mahu bangkit daripada kekecewaan lalu dengan meraih keputusan positif melawan The Azkals.

Tajikistan akan menentang Filipina pada pukul 4.30 petang esok (Ahad) di Stadium Nasional Bukit Jalil.