Hasrat pasukan wanita gergasi Asia, Jepun untuk melakar kejutan ke atas Norway tercapai apabila mencatatkan kemenangan mudah 3-1 pada pusingan 16 terbaik.
Perlawanan yang berlangsung Wellington Regional Stadium menyaksikan Jepun menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan ini.
Aksi yang cukup mendebarkan ini dimulakan dengan jaringan pertama milik skuad samurai hasil gol sendiri pemain Norway, Ingrid Syrstad Engen pada minit ke-15.
Norway tidak menunggu lama untuk memperoleh jaringan penyamaan menerusi Guro Reiten lima minit berselang.
Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Futoshi Ikeda tampil garang apabila mengasak kubu lawan bertubi-tubi.
Gol kedua Jepun disudahkan dengan tenang oleh Risa Shimizu pada minit ke-50 sebelum Hiroshi Miyazawa memastikan kemenangan milik pasukan menerusi penyudah ampuh pada minit ke-81.
Sungguhpun ada cubaan daripada Norway untuk bangkit, ia tetap tidak mampu untuk merobek gawang gol yang dikawal rapi oleh Ayaka Yamashita.
Keputusan ini menyaksikan skuad wanita Jepun melangkah ke suku akhir dan akan berdepan Sweden atau USA bagi aksi seterusnya.