Gergasi Asia, Jepun Lanyak Sepanyol Di Piala Dunia
MakanBola
Japan FA
Sponsors

Pertembungan antara pasukan kebangsaan Jepun dan Sepanyol berlangsung cukup sengit sebelum kemenangan berpihak kepada wakil Asia.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik apabila terikat dengan 6 mata dalam kumpulan C selepas dua perlawanan.

Ad
Sponsors

Aksi yanh berlangsung di Wellington Regional Stadium itu menyaksikan anak didik Futoshi Ikeda membuka tirai jaringan menerusi Riko Ueki pada minit ke-12 sebelum pemain sayap sensasi, Hinata Miyazawa menjadikan kelebihan buat Jepun.

Tidak menunggu lama, skuad Samurai nyata lebih dominan apabila menjaringkan gol ketiga sekali lagi menerusi Euki sekaligus menjadikan babak pertama tamat dengan keputusan 3-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by J.LEAGUE Official (@jleagueintl)

Ad

Bersambung babak kedua, Sepanyol melakukan beberapa pertukaran termasuklah mengeluarkan bintang sensasi Bercelona, Alexia Putelles yang gagal mempamerkan aksi cemerlang.

Ad

Percubaan yang dilancarkan oleh pasukan di tangga ke-6 dunia itu bagaimanapun mudah dibaca oleh lawan sekaligus terus menghampakan pasukan.

Jepun memperoleh gol keempat menerusi gol cantik pemain gantian, Mina Tanaka pada minit ke-82.

Keputusan kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan muncul juara kumpulan dengan 9 mata.