Giancarlo Gallifuoco: Borneo Jauh Lebih Kuat Berbanding PSM Makassar
MakanBola
KL City-Borneo Samarinda
Sponsors

Pemain pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco menganggap pasukan Borneo Samarinda lebih kuat berbanding PSM Makassar.

Dalam sesi sidang media pra-perlawanan, Giancarlo akui Borneo merupakan antara pasukan yang hebat di Indonesia. Pertahanan kental ini menjangkakan satu aksi yang sengit bakal dipamerkan kedua pasukan.

Ad

“Saya kira pasukan Borneo lebih kuat berbanding PSM Makassar. Ini pasukan yang juarai Liga Indonesia musim lalu, tahun ini juga mereka bermula baik di saingan liga.”

Ad

“Borneo miliki bahagian serangan yang kuat jadi saya rasa satu perlawanan yang menarik nanti,” ujar Giancarlo.

KL City dijadual berdepan Borneo Samarinda untuk aksi kedua Shopee Cup hari ini. Dua pasukan dalam saingan Kumpulan B ini akan berentap di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Ad

“Saya dan rakan sepasukan sudah pasti akan memberikan yang terbaik. Beri sehabis baik untuk mencatat kemenangan berdepan Borneo. Kami akan terus berusaha dan saya ingin memuji pemain-pemain KL City yang lain, mereka disiplin, buat latihan tambahan dan sangat komited untuk setiap perlawanan.”

Ad

Untuk rekod, KL City pernah bertemu PSM Makassar pada edisi Piala AFC sebelum ini dimana The City Boys mencatat kemenangan bergaya 5-2.

Ad

Kali ini, KL City bakal berdepan sebuah lagi pasukan dari Liga 1 Indonesia iaitu Borneo Samarinda yang ketika ini menghuni tangga kedua liga dan belum tewas dalam mana-mana perlawanan di peringkat liga.

KL City dibawah kendalian Miroslov Kuljanac dalam saingan Liga Super Malaysia 2024-2025 kini menghuni tangga ke-11 dengan empat kemenangan, empat kekalahan dan dua keputusa seri diraih setakat musim ini.