Giliran Renan Alves Titip Kata Semangat Buat Kedah
MakanBola
FA Kedah

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves menitipkan kata-kata semangat buat bekas pasukannya itu selepas tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat.

Renan yang kini tidak mewakili mana-mana kelab telah meninggalkan komen di laman Instagram rasmi KDA FC dan telah menimbulkan kerinduan buat para penyokong Sang Kenari.

Ad

“Semoga kalian akan kembali dengan lebih hebat. Semoga berjaya keluarga,” coret Renan Alves di laman Instagram KDA FC.

Ad
renan komen kedah Giliran Renan Alves Titip Kata Semangat Buat Kedah
Komen yang ditinggalkan Renan Alves di laman Instagram KDA FC.

Untuk rekod, Renan Alves pernah menyarung jersi Kedah untuk tiga musim berturut-turut iaitu pada musim 2019 sehingga musim 2021.

Renan kemudiannya berhijrah ke Indonesia untuk menyertai pasukan Barito Putera dan beliau beraksi di sana untuk dua musim iaitu bagi musim 2022/2023 dan juga 2023/2024.

Ad

Memiliki pakej yang lengkap sebagai pertahanan tengah, kelibat Renan sudah pasti dirindui penyokong Sang Kenari yang sentiasa mahu melihat beliau kembali ke pasukan Kedah suatu hari nanti.

Ad