Ads
Harimau Malaya
FIFA World Cup

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali telah mendapat perhatian daripada laman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Dalam satu hantaran di media sosial rasmi FIFA World Cup baru-baru ini, gambar Safee telah dimuat naik dengan caption yang mengimbau kembali zaman kegemilangan Safee bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada,” tulis FIFA.

Advertisements

Advertisements

Perkara itu telah mendapat perhatian Safee Sali yang turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Safee menganggap bakat anak tempatan kini lebih disanjung pihak luar.

“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam sukan ini selama saya pernah bermain. Sekarang saya berharap dan berdoa kita mampu melahirkan pelapis dan bakat yang lebih baik daripada saya.”

Advertisements

“Dengan pautan terbaru daripada laman sosial badan organisasi bola sepak dunia walaupun server hanya untuk Malaysia, konten itu menunjukkan bakat kita disanjung oleh negara bola sepak dunia yang lain.”

Safee dalam pada itu mengharapkan akan ada lebih ramai lagi pelapis skuad kebangsaan yang berjaya sekaligus mampu membawa nama Malaysia di persada dunia.

Advertisements

“Kita patut berbangga dan merasa kita ada sebaris dengan negara besar yang lain di luar sana. Tunjukkan kita anak bangsa yang berilmu dan berfikiran matang dalam membuat sebarang komen,” tulis Safee Sali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram