Giliran Singapura Mahu Anjurkan Piala Dunia B-17
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Selepas melihat Indonesia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023, Singapura kini mahu melakukan perkara sama.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada media semalam.

FAS memaklumkan mereka sudah menandatangani Letter of Intent (Surat Niat) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi membincangkan dan bidaan sebagai tuan rumah bersama untuk Piala Dunia.

Advertisements

Dua kejohanan Piala Dunia yang menjadi sasaran dua organisasi itu ialah Piala Dunia B-17 atau Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20).

Surat tersebut sudah dihantar ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan tujuan meneroka peluang sekiranya ada.

Advertisements

Sekiranya perkara itu berjalan lancar, FAS bakal mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan FIFA dan PSSI.

Selain itu, mereka juga berharap konsensus dapat dicapai dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di Singapura berhubung dengan perkara ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram