Gino Lettieri Dedah Muangthong United Hadapi Masalah Sebelum Bertemu Selangor
MakanBola
Muangthong United FC
Sponsors

Ketua jurulatih Muangthong United, Gino Lettieri mengakui persiapan Muangthong United untuk aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Selangor terjejas atas beberapa faktor.

Muangthong United meraih keputusan seri dalam perlawanan bertemu Selangor hasil jaringan penyamaan daripada Purachet Thodsanit pada minit ke-54 perlawanan.

Ad

Kedua-dua pasukan kini meraih satu mata dalam kumpulan H manakala Jeonbuk Hyundai yang meraih kemenangan ke atas Cebu berada di tangga pertama kumpulan H ketika ini.

Ad

Gino Lettieri kemudian mendedahkan beberapa kesukaran yang dialami oleh pasukannya sebelum turun menentang Selangor di Stadium Rajamangala.

“Perkara pertama ialah kami menghadapi masalah dengan latihan sehari sebelum perlawanan bermula apabila hujan lebat.

Ad

“Kami hanya berlatih di atas padang selama 30 minit. Pada separuh masa pertama permainan kami mencipta banyak peluang. Terutama dalam 45 minit pertama, kami mempunyai banyak peluang untuk menang.

Ad

“Mungkin ya, tetapi selepas 15 minit ada peningkatan. Tetapi ramai pemain dalam keadaan tidak lengkap. Kornwit Tasa menjaga isterinya yang baru bersalin, manakala Felicio Brown sudah 2-3 minggu tidak berlatih.

Ad

“Kakana Khamyok pula baru sahaja pulih daripada kecederaannya. Mungkin ramai yang masih tidak berada dalam tahap yang baik.” ujarnya.

Muangthong United seterusnya akan bertemu Jeonbuk Hyundai bagi aksi kedua ACL2 pada 3 Oktober ini di Stadium Piala Dunia Jeonju.