Goh Jin Wei Tahan Sebak ‘Tak Sangka Sampai Sini Lagi’
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengakui tidak menyangka beliau akhirnya berjaya membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik 2024.

Selepas bergelar juara BWF World Junior Championship sebanyak dua kali dan pingat emas Sukan Olimpik Remaja, ramai orang menjangkakan beliau menjadi permata baru badminton negara.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, Jin Wei diuji apabila perlu menjalani pembedahan membuang usus besar pada 2019. Pada satu ketika, anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengumumkan persaraan pada 2021.

Ad

Meskipun berdepan pelbagai kesukaran termasuk kesakitan, semangat juang yang dipamerkan pemain ke-32 dunia itu untuk kembali ke gelanggang pada 2022 memukau ramai penyokong.

Dan itu menjadi kunci yang membantu Jin Wei merekodkan penampilan pertama di pentas Sukan Olimpik.

Ad

Bila ditanya hal berkenaan oleh wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, Jin Wei mengakui beliau sendiri tidak menyangka dapat sampai ke Sukan Olimpik 2024.

Ad

Pada masa sama, jaguh perseorangan wanita berusia 24 tahun itu akan terus berjuang sehingga kempennya di Paris, Perancis berakhir.

Ad

“Rasanya tak jangka selangkah demi selangkah dapat sampai ke sini (Sukan Olimpik). Saya tak jangka boleh terus main lagi sebab itu bukan saya.

“Tapi saya takkan (berhenti), perjuangan masih belum berakhir. Saya akan fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan Kumpulan H menentang wakil Afrika Selatan, Johanita Scholtz.

Jin Wei meraih kemenangan ke atas lawannya yang berstatus pemain ke-103 dunia itu dengan keputusan 23-21 21-11.

Beliau akan berdepan cabaran wakil Korea Selatan, Kim Ga-eun dalam aksi terakhir Kumpulan H pada 31 Julai ini.