Gol Berkelas Dunia Pastikan Indonesia ‘Titik’ Turkmenistan

Indonesia Turkmenistan Gol Berkelas Dunia Pastikan Indonesia 'Titik' Turkmenistan
PSSI
Nik Faris @nikfalovic
10:26pm 08/09/2023

Indonesia melakukan satu lagi kejutan berdepan pasukan yang lebih baik rankingnya apabila mencatatakan kemenangan tipis 1-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Gomo itu menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Shin Tae-yong menurunkan barisan terbaik mencuri perhatian.

Aksi ini juga menjadi debut buat pemain warisan Indonesia, Sandy Walsh membuat kemunculan bersama pasukan kebangsaan.

Sang Garuda tidak menunggu lama untuk memperoleh gol pembukaan perlawanan menerusi percubaan kencang penyerang Bhayangkara Solo FC, Dendy Suliatyawan pada minit ke-19.

Turkmenistan dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak yang diharapkan apabila gahal menembusi kekebalan benteng Garuda yang dikemudi oleh Jordi Amat dan Sandy Walsh.

Babak pertama tamat dengan jaringan 1-0.

Bersambung babak kedua, pasukan tangga ke-138 ini masih buntu untuk mencari peluanh dan ruang.

Shin Tae-yong juga melakukan beberapa pertukaran penting untuk melebarkan kedudukan dengan kepulangan Egy Maulana memceriakan penyokong tuan rumah.

Pemain muda berbakat ini menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Indonesia.

Tambahan masa lima minit bagaimanapun tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan.

Keputusan perlawanan kekal hingga wisel penamat sekaligus memberikan tambahan mata FIFA buat Indonesia.

Video: Gol berkelas dunia Indonesia vs Turkmenistan