Liga Super
SportsRepuvblic / RedwanAdman / ThePhotoshooterz
Advertisements

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim, Juan Muniz Gallego berjaya menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Malaysia 2023.

Advertisements

Turun dalam kesebelasan utama pasukan, Juan Muniz membalas kepercayaan pengendali JDT, Esteban Solari dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 antara JDT dan Terengganu hari ini.

Seawal minit ke-5 permainan, Juan Muniz berjaya memecah kebuntuan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Beliau menyudahkan hantaran lintang daripada Bergson Da Silva dengan satu tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Beraksi di bahagian tengah bersama Afiq Fazail dan Hong Wan, Juan Muniz dilihat begitu selesa mengemudi perlawanan.

Advertisements

Pemain kelahiran Sepanyol ini tenang mengawal bahagian tengah dan beberapa kali berjaya mencipta gerakan dengan hantaran-hantaran bijak kepada sayap JDT, Fernando Forestieri dan Arif Aiman.

Johor Darul Ta’zim kini mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 di babak pertama perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram