Ads
EPL: Gol Dramatik Pacu Aston Villa ‘Rantai’ Liverpool
EPL
EPL

Dua gol Jhon Duran memastikan Aston Villa menyekat hajat tiga mata Liverpool dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park hari ini.

Advertisements

Villa kembali diperkuatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dalam usaha memastikan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam genggaman mereka.

Advertisements

Sementara Liverpool pula menurunkan barisan terkuat diketuai Mohamed Salah bagi memastikan mereka menamatkan baki dua perlawanan musim ini dengan kemenangan.

Advertisements
Advertisements

Babak pertama menyaksikan The Villains memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Selepas bertukar hantaran dengan Salah, Harvey Elliott membuat satu hantaran ke dalam kotak penalti tuan rumah.

Bola hantaran tersebut terkena seorang pemain Villa sebelum ditangkap Martinez. Malangnya, bola tersebut terlepas daripada genggaman sebelum bergolek ke dalam gol pada minit kedua.

Advertisements

Tersentak, Villa yang dibimbing oleh bekas jurulatih Arsenal, Unai Emery kembali memperkemaskan rentak permainan mereka.

Dan mereka kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17. Ollie Watkins membuat larian dari sebelah kanan sebelum membuat hantaran yang disudahkan bintang Belgium, Youri Tielemans.

Enam minit kemudian, Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp kembali mendahului menerusi tolakan mudah Cody Gakpo selepas menerima hantaran cantik Salah.

Pemain-pemain Villa mendakwa Gakpo berada pada kedudukan ofsaid semasa menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, pegawai sistem bantuan video pengadil (VAR), John Brooks mengesahkan gol selepas mendapati penyerang Belanda itu tidak ofsaid.

Kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol tambahan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Villains terus tampil garang dalam usaha mempertahankan kedudukan keempat daripada dirampas pasukan di tempat kelima, Tottenham Hotspur.

Malangnya, gawang mereka bocor lagi buat kali ketiga pada minit ke-48. Jarell Quansah menjaringkan gol pertamanya untuk The Reds selepas menanduk hantaran yang dibuat Elliott.

Empat minit kemudian, Watkins menyangka telah merapatkan jurang buat Villa. Walau bagaimanapun, Villa hampa apabila Brooks memaklumkan kepada pengadil, Paul Tierney bahawa gol tersebut tidak sah kerana kesalahan ofsaid.

Melihat situasi semakin genting buat tuan rumah, Emery memasukkan Duran dan Calum Chambers untuk menggantikan Nicolo Zaniolo dan Douglas Luiz.

Percaturan jurulatih Sepanyol itu membuahkan hasil apabila Duran merampas bola daripada Alexis MacAllister sebelum menewaskan Alisson pada minit ke-85.

Gol tersebut memberi semangat kepada tuan rumah untuk memburu gol penyamaan. Gol yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-88.

Mousa Diaby membuat larian ke arah barisan pertahanan The Reds sebelum melepaskan rembatan. Rembatannya terkena kaki Duran sebelum melepasi jangkauan Alisson dan menerjah jaring.

Meskipun perlawanan dilanjutkan selama sembilan minit, Liverpool bergelut untuk mendapatkan gol tambahan. Keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan The Reds dan Villa masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan 79 dan 68 mata selepas 37 perlawanan. The Villains kini mengharapkan ihsan Manchester City untuk menewaskan pencabar mereka, Spurs pada awal pagi esok.

Impak lewat yang dibawa Duran menyaksikan beliau dipilih pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.1 oleh Sofascore.

Villa bakal menamatkan musim di Selhurst Park dengan menentang pasukan meningkat naik, Crystal Palace pada 19 Mei.

Advertisements

Sementara Liverpool pula berdepan Wolverhampton Wanderers di Anfield untuk aksi terakhir liga pada hari sama. Ini juga perlawanan terakhir Klopp bersama The Reds sebelum meninggalkan kelab pada akhir musim dan digantikan oleh pengurus Belanda, Arne Slot.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram