Gol Dramatik Terengganu Sekat Skuad Muda JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV terus unggul menerajui Kumpulan B Piala Belia 2024 meskipun diikat 1-1 dengan Terengganu FC IV pada 5 Ogos lalu.

JDT IV mahu terus melebarkan kemenangan untuk kekal menerajui Kumpulan B. Sementara Terengganu IV pula perlu menang untuk mengelak dipintas pencabar terdekat, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 Tahun (B-16).

Ad

Meskipun beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, JDT IV yang dibimbing Pedro Collado berusaha mencari kelebihan gol awal.

Ad

Khidmat penyerang B-17 kebangsaan, Abid Safaraz Rozaidi dan Qahir Dzakirin Rosfaizi ditagih Collado untuk merobek gawang tuan rumah.

Ini memaksa penjaga gol Terengganu IV, Ariff Safwan Suhaimi bekerja keras menafikan percubaan yang direncana dua peledak JDT IV itu.

Ad

Skuad muda Harimau Selatan terpaksa menunggu sehingga minit ke-47 untuk membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah, Afiq Danish Zulkifli. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah yang dibimbing Wan Adremy Indra Wan Adnan membuat beberapa pertukaran pemain untuk mengubah momentum perlawanan.

Ad

Perubahan yang dilakukan Wan Adremy menyebabkan skuad muda Peteh mula memberi tekanan kepada JDT IV.

Tatkala Harimau Selatan menyangka dapat kembali ke Johor dengan tiga mata, Muhammad Arsyad Shamsul Aswadi muncul wira Terengganu IV dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-95.

Keputusan ini menyaksikan JDT IV dan Terengganu IV masing-masing kekal di tempat pertama dan kedua Kumpulan B. Ini sudah cukup buat kedua-dua pasukan layak ke peringkat kalah mati Piala Belia 2024 dengan baki dua perlawanan.

Selepas ini, Terengganu IV akan menentang Penang FC pada 10 Ogos. Sementara JDT IV pula akan berlaga dengan MISC-Touchtronics FC pada 13 Ogos ini.