Gol Roket Bintang PSV Hampir Koyakkan Jaring
MakanBola
PSV
Sponsors

Aksi yang melibatkan pertembungan antara dua pasukan Liga Eridivise, PSV Eidhoven dan juga Den Haag mencuri tumpuan apabila terdapat satu momen jaringan yang cukup luar biasa.

Perancang tengah PSV, Ibrahima Sangare terus mencuri tumpuan apabila berjaya melakukan satu rembatan yang cukup luar biasa sebelum menerjah jaring.

Ad
Sponsors

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phillips itu menyaksikan pasukan tuan rumah selesa mendahului menerusi jaringan J. Bakayoko dan juga G. Gil masing-masing pada minit ke-12 dan 21.

Ad

Namun begitu, usaha mereka menambah jaringan akhirnya membuatkan ramai pihak terpaku apabila beliau membuat keputusan untuk melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.

Rembatan tersebut membuatkan jurulatihnya, Ruud Van Nistelrooy tergamam kerana ledakan tersebut difahamkan berkelajuan sehingga 170km/jam.

Ad

PSV juga berhasil memperoleh kemenangan 3-1 pada perlawanan tersebut dan mara ke peringkat separuh akhir Piala KNVB.

Ad

Sangare sememangnya merupakan prospek terbaik di kelabnya dan kini sudah pun mendapat perhatian beberapa kelab EPL.