J. League: Gol Saat Akhir Urawa Red Diamonds Hukum Kealpaan Vissel Kobe
Asia
Vissel Kobe
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Jepun, Vissel Kobe terpaksa menerima tentangan sengit daripada Urawa Red Diamonds sebelum akur tewas 1-0 di gelanggang sendiri.

Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk meraih 3 mata apabila mengharungi musim yang kurang memberangsangkan.

Pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaiknya dan mengatur gerak seawal minit pertama permainan.

Advertisements

Barisan serangan rakan sepasukan bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta jelas gagal mencetuskan impak yang diharapkan apabila mencetak beberapa percubaan namun jauh tersasar.

Kekebalan benteng pertahanan Urawa Red Diamonds yang diketuai oleh Takuya Iwanami dan juga Alexander Scholz menyukarkan misi tuan rumah.

Bersambung babak kedua, masing-masing berusaha untuk mencari gol pendahuluan dengan asakan bertali arus dilancarkan.

Advertisements

Keputusan tepat yang dilakukan oleh pengendali Urawa Red Diamonds, Ricardo Rodriguez untuk membawa masuk Davis Moberg Karlsson jelas menjadi wira buat pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan.

Beliau meledak pada saat akhir permainan untuk memberi kehampaan kepada Vissel Kobe dan juga jurulatihnya, Miguel Angel Lotina.

Vissel Kobe kini terpelosok di tangga terakhir liga selepas 18 perlawanan dengan hanya mengumpul 11 mata manakala naik ke tangga ke-10 liga dengan 21 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram