Advertising
Gol Sendiri Karim Benzema Buat Al-Ittihad Cemas
MakanBola
Ittihad
Sponsors

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema mencemaskan pasukannya, Al-Ittihad sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) awal pagi tadi.

Ini selepas Benzema tertanduk bola hantaran penyerang Navbahor, Jamshad Iskandarov ke gawangnya sendiri pada minit ke-25.

Ad

Gol tersebut menceriakan kem Navbahor yang berharap dapat mencuri slot suku akhir daripada The Tigers dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah.

Ad

Bagaimanapun, Benzema menebus kesilapannya dengan membuat hantaran yang disudahkan penyerang berbisa Maghribi, Abderrazak Hamdallah pada minit ke-51 babak pertama.

Gol tersebut bukan saja menaikkan semula moral pemain, staf kejurulatihan dan penyokong Al-Ittihad. Malah, ini membuatkan mereka semakin ghairah memburu gol kemenangan pada babak kedua.

Ad

Kemaraan The Tigers akhirnya disahkan menerusi gol sendiri penyerang Navbahor, Toma Tabatadze pada minit ke-87.

Ad

Gol tersebut sudah cukup untuk membawa anak buah Marcelo Gallardo ke pentas suku akhir ACL musim 2023-2024. Navbahor turut bernasib malang apabila bek tengah Serbia, Jovan Dokic dibuang padang pada minit ke-98.

Ad

Meskipun menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan itu, Sofascore mengiktiraf sumbangan Benzema dengan memberi markah 7.7 mata.

Beliau berada di tempat ketiga di belakang pemain terbaik perlawanan hari ini, N’Golo Kante dengan 8.4 mata dan Hamdallah (7.8 mata).

Al-Ittihad bakal turun menentang kelab senegara, Al-Hilal di peringkat suku akhir ACL pada 5 Mac ini.