Advertising
Gol Sepakan Sudut Endrick ‘Gegar’ Liga Vietnam
MakanBola
Ho Chi Minh City FC
Sponsors

Nama pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos menjadi bualan peminat bola sepak Vietnam sejak 17 Januari lalu.

Ini kerana pemain tengah berusia 29 tahun itu meledakkan gol sepakan sudut buat Ho Chi Minh City FC (HCMC FC) dalam aksi terbaru V. League 1 menentang Hoang Anh Gia Lai (HAGL).

Ad

Sebelum itu, HAGL mendahului 2-0 hasil jaringan Huu Phuoc Le dan Chau Ngoc Quang. HCMC memerlukan dua gol untuk membantu mereka mencuri satu mata.

Ad

HAGL kemudiannya tergamam apabila sepakan sudut yang diambil Endrick pada minit ke-73 menerjah gawang mereka yang dikawal penjaga gol, Tran Trung Kien.

HCMC memastikan mereka meraih satu mata menerusi Hai Quan Doan pada minit ke-90. Keputusan itu menyaksikan kini menduduki tangga kesembilan dengan 11 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Ad

Ramai penyokong kagum dengan gol menarik yang dihasilkan Endrick. Ini kerana gol sepakan sudut beliau mengingatkan mereka kepada gol-gol sepakan sudut dalam saingan bola sepak Inggeris.

Ad

Gol yang dimaksudkan ialah gol Matheus Cunha (Wolverhampton Wanderers FC) dan Son Heung-min (Tottenham Hotspur) ketika menentang Manchester United.

Ad

Endrick kini sudah menjaringkan dua gol dan menghasilkan satu bantuan gol dalam 10 penampilan bersama HCMC untuk musim 2024/25.