Gout Pecah Rekod 200 Meter, Catat Kurang 20 Saat
UltraSukan
Australian Athletics

Jaguh pelari pecut Australia, Gout Gout terus mencipta sensasi dalam arena olahraga antarabangsa.

Terbaru, akhbar The Guardian melaporkan pelari berusia 18 tahun itu melakar rekod baru untuk acara 200 meter dengan catatan masa 19.67 saat (s).

Catatan masa itu direkodkan dalam final acara 200 meter Australian Athletics Championships yang berlangsung baru-baru ini.

Gout menerima cabaran sengit Aidan Murphy sebelum memenangi acara berkenaan. Murphy terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua menerusi catatan masa 19.88s.

Calab Law pula meraih tempat ketiga dengan catatan masa 20.21s. Gout bukan saja mencipta sejarah sebagai pelari pecut lelaki pertama Australia merekodkan catatan masa di bawah 20 saat.

Beliau juga turut memecahkan rekod kebangsaan Australia dalam acara itu. Rekod itu sebelum ini dipegang legenda olahraga Australia, Peter Norman menerusi catatan masa 20.06s.

Rekod itu dilakar Norman di pentas Sukan Olimpik 1968. Gout juga turut mengatasi rekod Usain Bolt pada usia sama di mana beliau pada ketika itu mencatatkan 19.93s.

Gout dilihat antara prospek pingat jangka panjang Australia terutama untuk Sukan Olimpik 2032 di Brisbane.