Ads
GTR Burger Tarik Diri Sebagai Rakan Kerjasama Strategik Kedah
Liga Super
Kedah Darul Aman FC

Rakan strategik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), GTR Burger menarik diri sebagai rakan kerjasama strategik pasukan itu.

Advertisements

Pengumuman ini dibuat pemilik syarikat, Nordin Mat menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka pada 24 Julai lalu.

Advertisements

Sebelum ini, GTR Burger memeterai kerjasama dengan Sang Kenari sebagai rakan rasmi kategori makanan dan minuman pada Mei lalu. Menerusi kerjasama ini, GTR Burger menyediakan hidangan burger mereka pada setiap hari perlawanan di Stadium Darul Aman.

Advertisements
Advertisements

“Salam buat semua penyokong Kedah Darul Aman FC yg saya hormati. Saya telah menemui Tan Sri Dr Daud Bakar siang tadi dan memaklumkan GTR Burger akan menarik diri sebagai rakan strategik KDA FC mulai hari ini,” katanya di Facebook.

Nordin turut memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran sepanjang bekerjasama dengan Kedah. Beliau turut mendoakan pasukan itu untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Advertisements

“Saya juga memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan KDA FC akan terus maju jaya pada masa hadapan,” tambahnya.

Advertisements

Selain Kedah, GTR Burger turut menjalin kerjasama strategik dengan tiga pasukan lain iaitu Sabah FC, Selangor FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram